Thursday, September 30, 2010

pe ni

apasal lah date kat blog ni salah...lewat sehari plak...hmmm cane nak betulkan ek...

30 September 2009

hari ini genap setahun hubungan kami...semoga kami di satukan dengan ikatan yang suci mu Ya Allah..semoga kami masih dapat bertemu tarikh yg sama tahun hadapan dan hingga akhir hayat...dalam tempoh hanya setahun pelbagai dugaan yang Kau beri kepada kami...kami sebagai hamba Mu terus berusaha beriringan dengan doa kepada Mu...siapa pun kami,masih lagi hamba Mu..apa jua berlaku,kami redha...setiap masalah ada penyelesaian...kami bersyukur kerana kami berjaya mendapatkan restu kedua orang tua kami...berkat kesabaran dan doa kami...

secara peribadi ku...segala hal yg dtg untuk menduga kesetiaan ku masih dapat di tangani...sebelum pergi lebih jauh,ku telah tersedar...kerana aku ada dia..."sayang ku pergi kepada dia,dia lebih layak dapat sayang dr ku"...ada juga dtg menduga hati dengan kenangan lama...ku hapuskan secara perlahan...kerana "kenangan ku hanya bersama dia"...dengan izin Mu Ya Allah,ku hadapi semua ini dengan tabah dan tenang...

perjalanan kami masih jauh,masih banyak yg perlu kami hadapi..kami bersedia..kerana ku ada dia dan Mu Ya Allah...

Wednesday, September 29, 2010

Hari ini dalam kenangan...

hari ni 29hb...mcm biasa pergi kerja cuma ari ni sedikt berbeza kerana kesihatan yg tidak memuaskan..last demam masa denggi bulan 3 lepas...amat berharap ni hanyalah demam biasa saja..

bukan tu saja,kene pukul plak dgn org yg memg suka memukul...mungkin tangan tak kene bedung kot..hehe...

dan jamuan hari raya department yang meriah dgn makanan dan kekecohan mulut masing2...

walaupun kepala ni mcm kene hempap batu..tak larat sangat td, tp teruskan jugak kehidupan mcm biasa..(klu tak sape nak tolong klu bukan diri sendiri)..hehe..bergaya tetap kene..bergambar pun wajib..hehe...biarlah org tgk sihat padahal tidak...tu lah hati orkid!!!!hehe....

mlm ni nak tido awal lah...setelah menelan beberapa biji ubat...harap sok makin baik..sok leh g keje mcm biasa...klu tak nt ada org wat spot check weekend ni..hehe...semua hari ini dlm kenangan,yg baik di ambil..yg buruk di ambil sbgai teladan..semoga hari sok lebih baik dr hari ini.. ^_^

Beautiful...

'C A N T I K'

bila di sebut saja cantik sume akan rasa wah....cantiknya..indahnya...
'cantik' satu anugerah yang terindah begitu berharga dr Allah jika kita menikmatinya...semua orang nak cantik...nak kelihatan indah dan menawan...namun ada jugak yg tak kisah cantik...bg mereka seperti "alah simple2 je sudah...muka memg dh tak cantik...", "ala cantik luar je buat apa,dalaman pun kene cantik jugak", "ala tak kisah lah org tgk aku cantik ke tak,yang penting aku bersyukur"...mcm2 lg kata mereka yg menolak kecantikan..

cantik wajah adalah satu pemberian dr Allah kepada hamba sebagai satu anugerah tak ternilai serta ujian dan dugaan kepada si cantik wajah...sudah tentu bersyukur merupakan tanda berterima kasih kepada Nya...mengapa dikatakan sbgai ujian serta dugaan??bila dikategori sebagai cantik,ramai yang akan cuba mendampingi...jika tersalah langkah,cantik menjadi senjata utama untuk menuju ke arah yg sesat..menyalahgunakan kecantikan yg di beri...

cantik peribadi lahir dr sikap manusia ini yang tahu mensyukuri dan sentiasa menjaga kecantikan wajah mereka...mereka tahu menjaga sikap,tatasusila,kesopanan,keperibadian atau dikatakan jati diri sebagai Melayu...maka tiada lah orang kata,cantik luaran lahir dr hati yg suci dan bersih...dan tiadalah orang akan berkata,"muka je cantik tp perangai buruk"...semua ni saling berkaitan antara dalaman dan luaran...

wajah cantik jika di tambah dengan keperibadian yang cantik..maka terserlah jelas kecantikan dan kemuliaan diri seseorang...Alhamdulillah...
wajah cantik jika di cemarkan dgn sikap yang buruk..maka tidak memberi apa-apa makna sekalipun...Astaghfirullah...
keperibadian yang cantik jika di kurniakan dgn kecantikan wajah...Subhanallah,indahnya ciptaan Ilahi...
keperibadian yang cantik jika di serlahkan dr seseorang yang kurang cantik paras wajahnya...Allahuakhbar...besar sungguh kekuasaan mu Ya Allah...

oleh yg demikian,kite semua manusia sama sahaja..asal usulnya sama...cantik tu hanya sebagai bonus sahaja...gunakan sebaik mungkin dan hargai kecantikan yang di beri...kerana dengan sekelip mata saja kecantikan wajah boleh ditarik balik..."kun faya kun"...waima kecantikan peribadi kekal tertanam dlm diri...

~~the end~~

seungkap kata2...

"kita tidak akan nampak perkara yang jelas di depan mata kalau dalam hati masih ragu-ragu"

terlalu banyak yg boleh di rungkai dr seungkap kata-kata ini...

ragu-ragu 1 perasaaan yg subjektif...mcm2 boleh mendorong kepada adanya rasa ragu-ragu tu...

bgku...
jika hati ragu,mcm2 yg akan kita fikirkan..kita bayangkan..
kenapa ini terjadi?kerana kisah silam dan pengalaman yg dilalui sendiri atau dr org lain..dr pandangan nya..kita mempertimbangkan banyak faktor..buruk dan baiknya..kesan masa akan datang..dan sebagainya..ni sume perkara yg membantu mendorong adanya ragu-ragu tu...
ragu-ragu ada pro n cont side..terlalu ragu pun tak boleh jugak...lain nt jadinya..tak de rasa ragu nt,payah jugak...lg menjadi-jadi..oleh itu,bersederhana je lah..pandai kawal rasa ragu di kira baguslah...pandai mengawal diri..

akhir sekali,sudah pasti kalau masih ragu-ragu,kita tak nampak dgn jelas di depan mata...untuk membuat sesuatu keputusan yang pasti tak semudah menyebut 'kacang'...perlu bersedia dlm apa jua keadaan akan dtg..

oleh itu..be confident in whatever u take and do!!! take it as apa yang telah terjadi sebagai batu ukuran kepada diri sendiri..dan apa yang akan berlaku sebagai dugaan dan cabaran seterusnya dalam liga kehidupan kita di dunia ini sebagai manusia..

~~~the end~~~

Thursday, September 23, 2010

kerja oh kerja!!!!

hye..hmm kali ni nak cakap tentang kerja..

mira sibuk mencari kerja tetap...klu dapat sejajar dgn bidang mira skrg lg bagus..namun rezeki tak tahu di mana..
apply sana sini...belum ketahui apa-apa lg..skrg ni hanya kerja sementara je..
6 bulan habislah..

"insyaAllah..dapatlah kerja tu nanti..ada rezeki tu..doa banyak2 ye.."
tu lah kata2 org2 tersayang bila bercakap tentang kerja...

mira pun berharap yg serupa..AMIN.

Monday, September 20, 2010

salam syawal..

di Syawal ini,sy kembali meng'update' blog ni..
entah kenapa nak update...padahal dulu dh malas..
for this time,we stop here..
blum ada kesempatan yg lama ntuk post pape yg menarik..
so bye..jumpa lg di lain kali...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN ^_^